Followers

12/18/12

Kawan

Assalamualaikum! Holla! Hari nie banyak masalah aku tetapi ak fokuskan tentang kawan.. Kawan baik, kawan baru, semua yang berkaitan dengan kawan! Kawan baru.. Macam mana aku nak citer nie.. Tapi satu je aku nak cakap, manusia sememangnya boleh berkawan..Sepatutnya berkawan dan ada kawan.. Tetapi, aku sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana.. Hendak berkawan tetapi ada caranya.. Bagi aku, setiap manusia mempunyai pelbagai sikap dan memang sepatutnya kita menjaga sikap dan cara kita bercakap dengan kawan kita.. Lain orang, lain caranya kita melayan seseorang.. Mungkin si A nak layan dia macam nie, si B layan dia macam.. Tu cara aku layan kawan-kawan aku.. Tapi diaorang suka atau tidak, aku x pasti sebab mungkin ini yang cara terbaik aku layan kawan-kawan aku.. Kalau kita nak berkawan dengan orang baru kita kenal, mesti kita nak kenal dia macam mana.. Macam mana perangai dia, macam mana sikap dia, apa baik dan buruk dia. Segalanya kita kena ambil tahu. Sebab jika kita hendak menjadi sahabat seseorang, kita tak boleh la terima sikap baik je, kena jugak terima sikap buruk dia jugak. Baru boleh kita panggil sahabat.. So, jgn salahkan orang lain jika kita terpaksa siasat dgn betul kerana tujuan kita siasat ttg seseorang hanya untuk kebaikan bersama.. Boleh tahu baik dan buruk dia jika kita berkawan.. 

Dikala kita sedang senang, kita tidak boleh memanggilnya seorang sahabat. Tetapi jika kita sedang susah dan mereka sanggup menolong kita ketika dalam kesusahan, barulah kita menggelarnya sahabat... :)

Sahabat baik.. Bukan senang hendak menjadi sahabat baik.. Seorang sahabat baik perlu memahami sikap sebenar seorang sahabat, masalah mereka dan cara hidup mereka.. Bukannya hidup gembira atas penderitaan seorang sahabat dan mengkikis duit sahahat (ingat pakwe/makwe je ke boleh kikis duit).. Tetapi banyak perkara yang perlu dilalui untuk menjadi seorang sahabat.. Seorang sahabat baik perlu tahu tentang masalah kawan baik mereka.. Perlu tolong seorang sahabat tidak kira susah atau pun senang.. Lagipun sahabat baik untuk selamanya.. :) Sahabat baik sentiasa bersama tidak kira susah atau senang.. Tapi jangan kerana orang kita menjumpai orang yang lebih hebat, lebih baik daripada sahabat lama, kita melupakan mereka.. Aku taip nie bukan taip sesuka hati, tetapi atas dasar pengalaman la aku taip... Memang sahabat boleh dicari ganti tapi tidak sama dengan yang dulu.. Aku ingat lagi cakap senior aku dulu, dia cakap macam nie kat aku, "Zul, kalau kau nak cari sahabat, carilah sahabat yang boleh susah senang bersama bukannya senang bersama susah dah lupa.. Ingat cakap akak zul.. " Lebih kurang macam nie la senior aku cakap.. 
Sahabat umpama mangga dan kunci, jika tiada kunci maka tidak bolehlah mangga itu dibuka..

Ingatlah, sahabat mudah di cari ganti tetapi tidak sama dengan dahulu

Mungkin ini hadis yang terbaik aku jumpa.. :)

Itu saja aku nak tulis, lagi pun dekat pukul 2 pagi aku tulis nie.. So ak nak tido dulu.. Tapi aku harap, sahabat baik aku yang dulu dan sahabat yang baru (baru gaduh sebab hal kecil) faham kenapa aku buat macam nie.. Ok la, Assalamualaikum.. :)

No comments: